aku tersenyum sendiri arini. seronok dan gembira. dpt bljr byk ilmu2 baru. jumpe dgn org melayu laen, dok same2 bincang tentang perkara yg sll aku ignore,tp PENTING.

sape suke bljr psl asal usul diri sendiri.sejarah. bosan sgt2. x rase bidan ke baca bnd2 psl org dulu, dah la xde kaitan ape2 dgn kita. xkenal pon derg nih.

aku lg suka baca psl jet2 pejuang baru, yg canggih n mantap. aku lebih suka baca psl sport car,teringin gak nk pakai RX8,next yer.tak pon tgk design2 bangunan yg mantap, nama pon Chiba University mmg terkenal ngn design2 yg mantap...

korang taw tak. nak capai tahap dpt reka,cipta teknlologi best2 nih,prosesnye dah mula berkurun2 dulu.lame da. kite je yg poyo ckp kita lg maju dari zmn dulu. betol x ape aku cakap? xpercaya korg check la buku sejarah. kalo malas, google jek.

nah, skang korg nmpk x PENTINGnya BELAJAR SEJARAH. aku nk korg celik sket ati korg. bukak minda korg. ilmu nih nkn nye stakat math dan science jek.cabang ilmu ni besar. banyak lg. nak tanam pokok pon ilmu. jaga anak pon kene belajar. kalo kawan2 aku yg da kawen, korg mst kene pegi kursus kawen kan. itu pon ilmu jugak.supaya perkahwinan kekal diberkati...

begitu juga sejarah. salah satu cabang ilmu. dan semua orang WAJIB BELAJAR SEJARAH.kite kene taw asal usul kita. dari mane kita dtg. ape gune kita hidup kt muka bumi nih. aku nk ajak korg nih, jom hayati perjalanan dn perkembangan sejarah yg tercatat,disampaikan untuk kita berfikir. jom bca sejarah, dan sejarah akn bgtaw masa depan kita. sejarah cakap ke mane kite akn pergi akhirnya...

'kalau kita tak dapat memberi manfaat pada dunia, kita tak lebih dari hanya lebihan dunia sahaja!'

"INI SEJARAH KITA"

KHUTBAH JUMAAT: Beruntunglah Insan Yang Dagang
June 25th, 2009 | by Abu Saif

muazzin

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

ghuraba

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah.

Masakan tidak.

Islam datang menongkah kebiasaan.

Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia. Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan.

Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan.

Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan.

Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya.

Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman.

Mereka ganjil bukan sebab mereka salah.

Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai. Itu sahaja.

Firman Allah SWT:

11_116

“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.” [Hud 11: 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti.

Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan.

Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA!

Kerana itulah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”

[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya, “siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab, “iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”

[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, “iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, “mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

6_116

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. [al-An’aam 6: 116]

Allah Subhanahu wa Ta’aala juga menyebut:

12_103

”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)” [Yusuf 12: 103]

Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:

5_49

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [al-Maa’idah 5: 49]

Allah Subhanahu wa Ta’aala memberikan peringatan di dalam al-Quran:

12_38

“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” [Yusuf 12: 38]

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini.

Jemaah kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran.

Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.

Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”

[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Namun,

Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing.

Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam.

Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ditanya tentang maksud firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

5_105

“ Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan” [al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”

Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?”

Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam.

Islam asing di zaman permulaannya.

Islam kembali asing di zaman kemudiannya.

Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

penutupkhutbah

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

mase kecik2,selalu gak main mainan2.yg paling aku igt,mainan keta banyak2 susun2 jadik bandar.haha.rindu time kecik2,dpt maen mcm2.

utk kelas 情報基礎ゼミナール(basic for information technology seminar),aku masuk Hirayama sensei punya research lab.dapat buat robot.mantapkan?haha.robot lego.tp ni mantap nye lego.nah tgk la sket kerje aku.
penat,tp seronok.



tangan

badan

kaki


tanpa kepala

siap!!!




nak tengok video robot aku tgh jalan tekan kat sini.tekan kat firdaus.mp4
(sorila xdpt upload la..)


if korg xpuas gak.dan korg pon bercita2 tinggi nk buat robot sendiri,nah tgk kawan2 aku punya robot lak eh.tekan sini.aku punya yang ade tulis フィルダウス号。ada banyak contoh robot2 lain.sila la tgk buat ilham korg ek...

enjoy yek!


[ gerai pelajar2 dari Malaysia yang menjual bihun goreng.pisang goreng dan sebagainya.Nur Kamilah,seorang pelajar tahun 1 civil and environmental engineering berkata" saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang civil and environmental engineering di Iwate University.Di sini,suasananya aman,semua orang baik hati,dan dapat berbaik dengan mereka semua membuatkan saya sungguh gembira!".]


keratan paper masa Garden Party 6 jun 2009,dekat GanDai International House.
sangat seronok.kitorg jual pisang goreng(paling laku..!),bihun goreng,kuih sagu,keria,buah melaka.

lampard buat promosi murahan kat kedai malaysia

tgh tarik customer

kalau xsilap aku,11 negara join.antara negara yg join Mongol(sebelah Malaysia lg tu..), China,Korea,Voetnam,Bangladesh,America,Pakistan,ade satu lg negara x igt..vigor?

korea-mongol-vigor?

tarian endang.kitorg menari masa garden party 6 jun arituh.cikgu die syafiq jek.xde duit nk upah cikgu profesional.kitorg training sehari dlm sejam.2minggu.dan kerja keras kitorg berhasil apabila ade paper interview kitorg.tny ape makna sebalik tarian tu..ape lg,goreng,kencang ah pe lg..haha

tgh merapu,kencang mengencang...

few gambar utk share ngn semua...


awek mongol memang cun!


da xlama da la tu...

struggle ckp omputeh


yeah..peace2..!


semua...next yer kita buat grand lg ek!

Tentatif

10.15 : Kehadiran peserta

10.30-11.30 : Pengisian oleh wakil IPIJ

11.45-12.30 : Solat jemaah Zuhur, makan tengahari

12.30-14.00 : Pengisian oleh speaker jemputan

14.00-14.30 : Q&A dan perbincangan

14.30-1500 : Berdiskusi sambil menikmati makanan ringan

15.00 : Bersurai

15.00-17.00 : Riadah (optional)

Speaker Jemputan

1) Prof Ahmed Hegab (ahli komuniti Islam Sendai)

2) Wakil IPIJ

Sasaran : Komuniti Islam Malaysia dan Indonesia di seluruh Tohoku

Tema : The Art of Daawa

Tempat : Masjid Sendai, Sendai.

Akses ke masjid: http://www.iccsendai.org/en/access_map.htm

Tarikh : 20 Jun 2009

Masa : 10.30-17.00

nota: lunch, dan makan petang disediakan free of charge.

bercerita di sini

KISAH-KISAH yang telah aku lalui,aku kongsi dengan semua...

di sini juga akan jadi medium MAKLUMAT,info dan berita,aku sampaikan pada semua...

ilmu2 dan perkara asas kehidupan seorang muslim,akan aku sampaikan sekadar mampu,untuk RUJUKAN pada yang memerlukan...

aku berusaha menjadi terbaik,dan ALLAh yang menentukan,
kekurangan dan salah-silap,HARAP DITEGUR,jangan dipendam sahaja...



masa

sembang yok!


ShoutMix chat widget

aku suka!

Apa Kata Mereka?